Sunday, March 10, 2013

Biar aku berjalan di dalam hujan

Assalamualaikum..

Rasa terpanggil nak menulis di blog semula..tak tau nak curahkan perasaan di mana..sekadar luahan hati..dan tak harapkan dibaca oleh siapa2..ini cuma luahan hati aku..

Hidup memang begitu..pelik, aku sangka aku ada ramai kawan..lebih 480 org rakan facebook..ada yg close sgt..dan ada yg gitu2 sj..namun tiada sorang yg sedar aku sedang kesusahan dan sgt memerlukan kawan..ketika ini..mencari teman meluah perasaan..

Beberapa org officemates, teman rapat harian..hari2 bersemuka juga tidak menyedari betapa beban permasalahan yg aku harungi bersendiri..sedih..hidup nih memang sadis..bila mereka kesusahan..aku cuba termampu..menjadi teman..tetapi bila aku kesusahan..aku dibiar bersendirian.. :(

Tak mengapa wahai hati..engkau cukup tabah hadapi semua ini..aku tak salahkan kawan2..kerana mereka tidak tahu..dan mungkin sebenarnya..aku tiada 'sahabat' sejati..sebab itu tiada yang boleh hidu akan kesusahan aku..yg aku fikir selama ini..aku mereka sayangi..mungkin sahabat itu tiada..dan tak pernah wujud lagi..

Oleh itu hati..biarkan aku berjalan di dalam hujan yg lebat..biar tiada siapa yg tahu yg aku sedang menangis..

Selama ini aku cuba mengadu dengan manusia..tetapi aku tidak peroleh ketenangan dari itu..mungkin aku tidak berjumpa dgn sahabat yg benar2 mahu membantu..tetapi Alhamdulillah..aku telah menemui jawapan..kenapa aku harus berjalan dalam hujan yg lebat dan tidak memberitahu dunia yg aku sedang mengangis..kerana Allah hanya mahu aku mengadu padaNya..hanya padaNya..semua bebanku rasa ringan..semua rahsiaku tersimpan..hanya padaNya...

Tatkala manusia lain meninggalkan aku..aku masih ada ALLAH yg masih sayang..
sayangi aku Ya Allah..kasihani ku Ya Allah..bantulah aku Ya Allah..bila semua di muka bumi ini tidak mampu lagi membantu aku..walau pertalian darahku sekalipun..tidak dapat membantuku..
Kau jangan tinggalkan aku Ya Allah..aku sgt memerlukanMu..




No comments: